faqcontact complaintssitemapintranet pdpk 

BERITA AGRIKOMODITI 2020

 

Aliran pengukuhan harga minyak sawit mentah (MSM) pada masa ini turut menimbulkan pertanyaan mampukah perkembangan positif itu bertahan sehingga suku pertama 2021 (Q121)?

Prospek atau kemungkinan itu akan bergantung kepada keputusan kerajaan untuk meneruskan pengecualian duti eksport MSM, demikian menurut Ketua Pegawai Operasi Perdagangan Global Sime Darby Oils, Sandeep Bhan.

Katanya, berdasarkan faktor inventori yang rendah serta peningkatan eksport ketika ini, komoditi berkenaan kini dipacu oleh harganya yang kukuh melebihi paras RM3,000 satu tan dan dijangka kekal sehingga akhir tahun ini.



Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka meningkat didorong oleh permintaan global yang tinggi terutamanya dari India dan China.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata harga MSM ketika ini menunjukkan tren peningkatan yang begitu ketara melebihi paras RM3,000 satu tan.

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangka minyak sawit akan menyaksikan permintaan yang kukuh dari China dan India pada tahun depan apabila pandemik COVID-19 dapat dibendung.

Ketua penyelidikan bagi Malaysia dan ketua perniagaan tani serantaunya, Ivy Ng berkata India akan mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia mulai 2021 terutamanya berikutan pembukaan industri hotel, restoran dan kafe berbanding April dan Mei 2020 (ketika industri itu ditutup sementara akibat pandemik itu).


KUALA LUMPUR: Syarikat yang terbabit dalam sektor komoditi kelapa sawit perlu menggunakan konstrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) serta memanfaatkan alat pasaran yang relevan untuk terus berdaya saing di peringkat global.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata minyak sawit seperti komoditi lain bergantung kepada turun naik harga dan perlu menguruskan risiko harga dengan berkesan melalui instrumen lindung nilai dan FCPO.

"Memandangkan kontrak FCPO Bursa Malaysia adalah kontrak niaga hadapan paling cair untuk penetapan harga minyak sawit mentah (MSM), lindung nilai akan memudahkan pengurusan risiko harga yang tidak menguntungkan.

"Ia juga akan memberi kelebihan kepada syarikat dari segi keuntungan dan kelestarian.

"Bursa Malaysia Derivatif FCPO, yang merupakan pasaran bagi niaga hadapan minyak sawit mentah terbesar, menyediakan syarikat dengan platform untuk lindung nilai yang lebih baik dalam persekitaran yang tidak stabil ketika ini.

"Saya yakin Bursa Malaysia Derivatives akan terus berusaha melancarkan produk derivatif komoditi yang baru bagi membantu industri menguruskan risiko portfolio mereka dengan lebih baik," katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik (POC) 2020 secara maya di sini hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, pada masa yang sama, penting bagi industri minyak sawit negara untuk terus mendukung Pensijilan Minyak Sawit Lestari (CSPO) seiring dengan permintaan dunia.

Beliau berkata, selain harga yang kompetitif, reputasi juga adalah penting dan minyak sawit Malaysia perlu memenuhi syarat ketat pasaran serta bebas risiko.

Malaysia katanya akan meneruskan usaha mempromosikan penggunaan minyak sawit di pasaran global termasuk menyediakan data dan melakukan penyelidikan kolaboratif.

"Dalam hal ini, Malaysia telah menubuhkan Institut Penyelidikan dan Teknikal Kelapa Sawit (PORTSIM) di China dan India untuk memberikan sokongan teknikal serta saintifik mempromosikan penggunaan minyak sawit.

"Pada masa yang sama, Malaysia akan terus melaksanakan pelbagai program mengenai kesesuaian dan prospek minyak sawit, melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

"Untuk melengkapkan usaha ini, kementerian akan terus mengadakan Seminar Perdagangan Minyak Sawit (POT) dalam talian untuk pasaran utama dan baru muncul bagi menyebarkan maklumat kelebihan minyak sawit," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sektor kelapa sawit terus menjadi pemacu utama dan tulang belakang sektor komoditi negara.
Beliau berkata, sektor itu berperanan dalam pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar dan adalah salah satu asas ekonomi Malaysia.

Industri itu katanya memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan pertukaran mata wang asing termasuk menjana pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup.

Pada 2019, Malaysia katanya menghasilkan lebih daripada 19.9 juta metrik tan minyak sawit mentah dari kawasan tanaman seluas 5.9 juta hektar.

Jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit pula katanya berada pada 27.9 juta metrik tan, yang menghasilkan pendapatan eksport sebanyak RM64.8 bilion.

"Walaupun berhadapan dengan COVID-19, sektor ini masih kekal teguh kerana berdasarkan data MPOB sehingga Ogos lalu, negara menghasilkan 12.72 juta metrik tan minyak sawit mentah.

"Sementara jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit mencecah 16.9 juta metrik tan, bernilai RM45.19 bilion. Angka ini hanya sedikit lebih rendah berbanding RM45.59 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/10/746879/kontrak-hadapan-minyak-sawit-terus-berdaya-saing
Sumber: Berita Harian



 


Sekumpulan penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya menghasilkan formulasi marjerin dengan lemak struktur berasaskan minyak sawit yang sesuai untuk suhu refrigerasi dan tanpa refrigerasi.

Penyelidik utama Dr Sivaruby Kanagaratnam berkata, marjerin yang dihasilkan MPOB ini diformulasikan dengan lemak khusus berasaskan sawit yang berupaya membentuk jaringan kristal minyak untuk pengstrukturan produk marjerin refrigerasi dan tanpa refrigerasi, menjadikannya sangat berbeza dari segi fizikal dan kimia.