faqcontact complaintssitemapintranet pdpk 

PKP

timber

NOTIS PEMBERITAHUAN KETUA PENGARAH MTIB
KEPADA PENGILANG DAN PEMPROSES KAYU
20 MAC 2020


COVID 19 – PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Sebagai usaha Kerajaan dalam membendung wabak COVID 19 serta lanjutan daripada Kenyataan Media Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pada 19 Mac 2020, seperti termaktub di para 3 (e) Kenyataan Media tersebut seperti berikut :

“Membenarkan aktiviti bagi sektor perkayuan beroperasi untuk memenuhi kontrak sedia ada yang telah dimeterai “

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengilang dan pemproses kayu :

1. Pengilang dan pemproses kayu hanya dibenarkan beroperasi untuk memenuhi kontrak yang telah dimeterai untuk dipenuhi sehingga 30 April 2020 sahaja. Sila nyatakan juga kerugian/penalti yang bakal ditanggung sekiranya kontrak tidak dapat dipenuhi.

2. Pengilang dan pemproses kayu hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

3. Pengilang dan pemproses kayu WAJIB mematuhi syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta lain-lain kementerian yang berkaitan.

4. Permohonan yang mengandungi maklumat pada perkara 1 dan 2 di atas hendaklah dimajukan menggunakan borang yang dilampirkan menerusi emel ke Pejabat MTIB Wilayah yang berdekatan :

Pejabat Wilayah Tengah -
Pejabat MTIB Wilayah Utara-
Pejabat MTIB Wilayah Selatan -
Pejabat MTIB Wilayah Timur (Pahang) -
Pejabat MTIB Wilayah Timur (Terengganu) -
Pejabat Wilayah Timur (Kelantan)
Unit Pelesenan Ibu Pejabat Kuala Lumpur-

5. Semua permohonan akan dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Khas Permohonan Pengecualian Industri. Keputusan Jawatankuasa ini adalah MUKTAMAD, dan tiada rayuan akan dilayan.


KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
20 MAC 2020


Dilampirkan Notis Pemberitahuan Ketua Pengarah MTIB (Mohon lengkapkan borang COVID19 - PKP dan emel ke Pejabat Wilayah MTIB yang berdekatan) dan Soalan Lazim (FAQ) untuk perhatian dan tindakan:


  1. NOTIS PEMBERITAHUAN KETUA PENGARAH MTIB
  2. SOALAN LAZIM (FAQ)