faqcontact complaintssitemapintranet pdpk 

KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) diniagakan antara RM2,400 dan RM2,800 satu tan bulan ini, dirangsang oleh permintaan eksport yang kukuh.

Bagaimanapun, kenaikan harga MSM akan dikekang oleh harga minyak mentah yang dianggarkan sekitar AS$42 setong, kata firma broker saham itu dalam satu kenyataan.
"Bagi biodiesel B30 untuk berdaya maju berdasarkan kepada ketersediaan pembiayaan semasa, harga MSM perlu berada secara purata pada sekitar RM2,255 satu tan dalam separuh kedua," katanya.


Menurut CGS-CIMB, harga purata MSM meningkat 4.5 peratus bulan ke bulan dan 34 peratus tahun ke tahun kepada RM2,519 satu tan pada Julai.
Kenaikan ini dikaitkan dengan eksport minyak sawit yang lebih kukuh daripada dijangkakan dan ini diharap dapat mengimbangi peningkatan penawaran.
Penggantungan cukai eksport untuk MSM di Malaysia mulai Julai sehingga akhir tahun turut melonjakkan daya saing minyak sawit negara berbanding Indonesia.
Mengenai data inventori minyak sawit, yang akan dikeluarkan pada 10 Ogos, CGS-CIMB berkata, stok minyak sawit Malaysia kemungkinan berkurangan sebanyak 12 peratus bulan ke bulan kepada 1.67 juta tan pada akhir Julai, 2020, terutama disebabkan pengeluaran yang rendah dan eksport yang tinggi.
"Kaji selidik oleh CGS-CIMB Futures turut mendedahkan output bulan Julai mungkin susut tiga peratus bulan ke bulan, tetapi jumlah eksport diunjurkan meningkat sebanyak enam peratus," katanya.
-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/08/718647/harga-msm-diunjur-rm2400-rm2800-bulan-ini
Sumber: bharian.com.my