faqcontact complaintssitemapintranet pdpk 

PKP

jatasahaja

SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER)
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA


#SoalanJawapan
1 Apakah definisi perindustrian kayu ? Berdasarkan Akta 105, apa-apa aktiviti yang melibatkan ladang hutan, pembangunan, perdagangan, pemasaran, pemprosesan, pengilangan, pengeluaran dan penyelidikan tentang kayu.
2 Apakah aktiviti industri kayu yang dibenarkan beroperasi sepanjang MCO ini? Pengilang dan pemproses kayu melibatkan konsainmen yang mempunyai kontrak yang telah dimeterai sehingga 30 April 2020 sahaja.
3 Apakah syarat-syarat untuk memohon kelulusan beroperasi sepanjang MCO ini?
  • Memiliki kontrak yang telah dimeterai untuk dipenuhi sehingga 30 April 2020 sahaja, serta nilai penalti yang bakal ditanggung sekiranya tidak dapat beroperasi.
  • Mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, beserta nama dan pengenalan pekerja.
4 Bagaimana cara untuk memohon kelulusan untuk beroperasi sepanjang MCO ini?

Permohonan yang mengandungi maklumat pada perkara 3 di atas hendaklah dimajukan menggunakan borang yang ditetapkan, dan e-mel ke Pejabat MTIB Wilayah yang berdekatan :

Pejabat Wilayah Tengah -
Pejabat MTIB Wilayah Utara-
Pejabat MTIB Wilayah Selatan -
Pejabat MTIB Wilayah Timur (Pahang) -
Pejabat MTIB Wilayah Timur (Terengganu) -
Pejabat Wilayah Timur (Kelantan)
Unit Pelesenan Ibu Pejabat Kuala Lumpur- a

5 Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan beroperasi? MTIB akan mengemukakan semua permohonan untuk pertimbangan Jawatankuasa Khas Permohonan Pengecualian Industri. Tempoh masa untuk kelulusan tertakluk kepada maklumbalas yang diterima dari Jawatankuasa berkenaan.
6 Bilakah permohonan kelulusan beroperasi sepanjang MCO ini boleh dipohon? Setiap hari bekerja mengikut Negeri, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
7 Adakah sektor perladangan kayu dalam Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) dibenarkan menjalankan aktiviti penyelenggaraan dan penebangan?  Tidak.
8 Adakah aktiviti pengedaran kayu dari hutan bagi tujuan pemprosesan di kilangkilang boleh dijalankan? Tidak.
9 Bagaimana dengan stok produk kayu yang telah sedia diproses? Bolehkah aktiviti pengeksportan dijalankan? Boleh, tertakluk kepada langkah pengawasan yang telah ditetapkan oleh MTIB. Pertimbangan HANYA diberi kepada situasi berikut:

  • Konsainmen yang memiliki kontrak dan tarikh eksport yang telah muktamad sahaja.
  • Permohonan lesen eksport hanya akan dipertimbangkan menerusi ONLINE.
10 Bolehkah konsainmen yang telah tiba di pintu masuk memperolehi lesen import? Boleh. Permohonan lesen import beserta dokumen sokongan perlu dikemukakan menerusi emel kepada Pejabat MTIB Wilayah berdekatan.


Pegawai yang boleh dihubungi untuk sebarang penjelasan dan pertanyaan lanjut, berhubung urusan yang berkenaan :

Permohonan Kelulusan Beroperasi
1. Encik Mohd Amin Kadir – 019 350 0065
2. Encik Mazree Iman – 019 335 4914

Pelesenan dan Pemeriksaan Fizikal
1. Puan Hajah Roslina Hj Idris – 019 335 6581
2. Encik Md. Yusoff Ismail – 013 397 5835
3. Encik Mohd Razman Azizuddin- 010 931 4292

Perladangan Hutan
1. Encik Saiful Bahri Salleh – 019 660 8075
2. Encik Mohd Tarmin Ismail – 019 910 1178