faqcontact complaintssitemap pdpk 

MSPOSkim Pensijilan MSPO

Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah satu skim nasional di Malaysia untuk perladangan kelapa sawit, kebun kecil yang bebas dan teratur, dan kemudahan pemprosesan minyak kelapa sawit untuk disahkan berdasarkan keperluan Piawaian MSPO. Pelaksanaan MSPO ini adalah bagi memudahkan pengurusan penanaman kelapa sawit melalui amalan pertanian yang terbaik dan sekali gus menjadikan minyak sawit Malaysia sebagai pilihan utama di peringkat antarabangsa.

Pensijilan MSPO adalah mandatori bermula pada Januari 2020. MSPO adalah mandatori bagi semua pengusaha sawit bukan saja untuk memastikan penanaman sawit yang mampan tapi bagi menepis dakwaan-dakwaan negatif pihak luar terhadap industri sawit negara. Pelaksanaan Skim Pensijilan MSPO merupakan langkah strategik bagi meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan imej industri sawit negara.

Piawaian MSPO meliputi 7 prinsip, termasuk pematuhan kepada keperluan perlembagaan, tanggungjawab sosial, syarat pekerjaan, alam sekitar dan amalan perladangan terbaik.

Sehingga Disember 2019, 3.6 juta hektar atau 62.3% daripada jumlah kawasan penanaman kelapa sawit telah disahkan MSPO.

Panduan MSPO Kepada Pekebun Kecil

 

Untuk lebih maklumat lanjut sila layari  Laman Web MPOCC atau emelkan kepada

Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago (BISS)
Aras 2, No. 15,
Persiaran Perdana, Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA
Emel:
No. Tel: 03-80008000
Fax: 03-88921701