faqcontact complaintssitemap pdpk 

PENGENALANAGENSI / MAJLISPERKHIDMATANAKTAPROGRAM & INSENTIFKERJASAMA ANTARABANGSAKEPERLUAN & PEMATUHANPRESTASI INDUSTRISOALAN LAZIMHUBUNGI KAMI

Di Malaysia, koko adalah antara komoditi bernilai dan penting yang didagangkan di seluruh dunia. Kawasan penanaman koko pada tahun 2018 adalah seluas 15,007 hektar. Sektor pemprosesan dan pembuatan koko menyumbang 0.1% daripada jumlah KDNK negara. Malaysia merupakan pusat pemprosesan kedua terbesar di Asia dan pengisar biji koko kering ketujuh terbesar di dunia.

Produk berasaskan koko Malaysia telah berkembang pesat di pasaran global dan mempunyai liputan pasaran yang meluas ke lebih daripada 100 destinasi di seluruh dunia. Pendapatan eksport daripada koko dan produk berasaskan koko mencatatkan sebanyak RM5.551 bilion pada tahun 2018. Lemak koko kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah pendapatan eksport sebanyak 28.3% diikuti dengan eksport semula biji koko kering (25.7%), coklat (18.6%), serbuk koko (18.6%), pes koko (7.9%) dan kek koko (0.8%).

Pada tahun 2018, terdapat 51 syarikat coklat dan konfeksioneri di Malaysia serta 216 usahawan coklat telah berdaftar dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM). Secara keseluruhannya, eksport bersih industri coklat menyumbang sebanyak RM1.03 bilion pada tahun 2018.

Slide10

Slide10

Slide10

Slide10

Slide10

Slide10

Slide10

 

Slide10

Slide10

Slide10

Slide10